Monday, 29 June 2015

Traffic Light Kelas Abad 21

Salam,

Saya akan kongsikan kad traffic light kelas sempena menyahut cabaran kelas abad 21..

Jeng jeng jeng






3 Warna berbeza ini utk membantu murid-murid mengekspresikan perasaan dia.. contohnya :

kuning = cikgu, saya rasa macam faham, tapi x faham.entahlah
merah = cikgu, kenapa susah sangat ni cikgu?
Hijau = saya faham cikgu, kacang je..

Macamtula contoh dialog yg berada di fikiran murid2 tu..tapi yang menjadi masalahnya kalau murid2 ni angkat tiga2 warna..cikgu yang bingung pulak


senang je nak buat kad traffic light ni..10 minit dah siap..tapi kalau ada 30 murid satu kelas..berpeluh2 jugak nak menyiapkan traffic light ni..takpe yang penting dah siap..fuhh legaaa


Bahan yang digunakan ialah:

1) kertas warna (kuning, merah, hijau)
2) batang aiskrim (ada dijual di kedai buku, kalau nak kumpul lepas beli aiskrim mmg kena kencing manis la jawapnye kalau nak menyiapkan utk 30 murid
3) kertas laminate
4) gam pistol (kalau guna gam gajah pun boleh)


Plan asalnya nak buat traffic light guna kotak cardboard..tp memang mencabar jari jemai runcing ni nk potong kotak, nak gam, nak tebuk lubang..tapi kepada cikgu yang rajin bolehla cuba idea ini


kotak traffic light ni, murid2 kene tekan salah satu batang aiskrim utk angkat warna. macam ni :




tadaaaa tu dah terbukak dah..


ok bolelah jugek lukis muka kartun senyum, sedih, confuse

Camni cara nak buat dia, step by step :



1) bahan2 kertas warna, gunting, gam pistol, masking tape, reben, gam, pembaris, pensel
2) Print template kotak, kalau sape nak template boleh tinggalkan email
3) letakkan template di kotak dan gunting
4) Guna pembaris untk melipat sudut kotak
5) guna template jugak untuk membuat kedudukan lubang
6) tampal kotak guna masking tape
7) tampal bahagian luar kotak dgn warna
8) utk traffic light warna biru, kuning dan hijau perlu laminate dulu
9)lubangkan kad traffic light dgn pisau (utk diikat dengan kotak)
10)gunting lebihan reben
11)gunting batang aiskrim
12)gamkan batang aiskrim yg digunting ke penutup


ok bahagian kosong tu bolehla digunakan untuk isi pen..hihih

ok selamat mencuba, siapa yang nak template pdf utk buat kotak boleh tinggalkan email ya..

(tapi tak taulah jangka hayat kotak ni bertahan berapa lama..nak2 lagi kalau murid2 tu menggunakan tenaga berlebihan tekan batang aiskrim tu..hihih)

Sekian



6 comments: